Selasa, 17 Februari 2009

Episod Minggu ini 24-02-2009

Harta Karun

Mengisahkan tentang pengembaraan Panjang,Pendek dan Bintik untuk mencari harta karun di dalam gua.Sebelum mereka masuk ke dalam gua, mereka telah dinasihatkan oleh Tok Kun bahawa tidak ada sesiapa pun yang terselamat setelah masuk ke dalam gua tersebut,Namun kerana inginkan harta karun,mereka sambut cabaran itu.Pelbagai cabaran ditempuhi untuk memdapatkan harta karun.Setiap pintu masuk,tertera serangkap pantun.Pantun itu adalah kata laluan yang perlu difikirkan agar membolehkan mereka melepasi setiap pintu-pintu lain.Selepas mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran,akhirnya,mereka sampai di satu tempat yang penuh dengan bulu.Mereka menjadi kalut sambil mencari harta karun di celah-celah buku.Datanglah Tok Kun kepada mereka dan mengatakan buku itu adalah ilmu.manakal harta ialah ilmu yang dibaca.Harta itulah yang paling tinggi nilainya.


pengajaran : Ilmu adalah harta yang tersangat tinggi tiada tolok banding nilainya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan