Rabu, 1 Julai 2009

Bintik


Bintik merupakan satu satunya watak perempuan dalam 4 pelakon utama cerita Katak Oh Katak. Malah, Bintik je lah satu-satunya watak perempuan dalam siri animasi 3D ini.

Bintik berperibadi macam perempuan. Baik, sopan, takut.. memang character dia cliche sikit tapi perwatakan macam ni lah yang diperlukan untuk ceriakan cerita sikit.

Among the four main characters, Bintik is the only girl / female. And she acts like a girl does. Infact, she is the only female character, apart from mothers which rarely appears.

Khamis, 25 Jun 2009

Bayu


Ini Bayu. Pemusik jalanan. Penyajak. Street wise. Bijak dan penyuluh jalan. Bayu bergitar, berseruling dan menyanyi lagu-lagu menasihat. Kadang-kadang, membuka cerita animasi 3D Katak Oh Katak dan kadang-kadang menutup cerita. Ini Bayu.



Bayu dalam gambar ini telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam mahkamah. Episod Topeng siri animasi 3D Katak Oh Katak.

Rabu, 10 Jun 2009

:: weekend frogs




another short cilp of FROG WORLD aka katak oh katak from youtube.
this one taken from the episode Hujung Minggu which translates to WEEKEND.
it talks (with a little exegeration) on pollution and the effect to the enviroment.

for more videos on DIGILOGIC's product, go ahead and click
http://www.youtube.com/user/animationlogic

do enjoy!



Jumaat, 8 Mei 2009

katak oh katak promo

siri animasi katak oh katak telah lama selesai tayangan musim ke tiga. kini hanya menanti green light untuk musim 4 dan seterusnya.
dalam mempromo katak oh katak, telah pelbagai jenis flyers dan poster dibuat. gambar terpamer adalah flyers menurut turutan usia katak. dari font yang tidak ter'design' hinggalah kini.



merupakan antara flyers awal katak oh katak dibuat untuk rtm 2.



katak oh katak di alih bahasa ke FROG WORLD dalam usaha membawa siri animasi 3D ini ke luar negara.



poster untuk rtm juga. telah, pada ketika itu, diselaraskan penggunaan typo KOK yang standart pada semua keluaran katak oh katak. pada yang masih tak tangkap, KOK refers to katak oh katak.



Selasa, 14 April 2009

Cikgu Akal


cikgu akal: satu cikgu yang sibuk, sikit gagap dan amat bijak. biasanya menjadi reference untuk soalan sains dan matematik. ada jugak mengambil tempat diakhir cerita sebagai penasihat menggantikan tok wa.





Selasa, 7 April 2009

Jaki


Jaki: seekor katak nakal (jahat sebenarnya) Sebelum ni character jahat, hanya lah Komeng. Katak dewasa. Side kick die Machang. Dungu sikit. Aku perlukan watak jahat yang pandai sikit. So, ni lah sketches katak kerek. Dan di realiti 3D kan oleh Kamarol.. (eh.. kamarol ke? Ke Fauzan?)


Katak season 3 kita orang dan mula tengok pada characteristic character itu sendiri. Sebab tu aku off kan mata dia sikit, jarangkan gigi dan selekeh kan pemakaian baju. Pemakaian baju ni pun bersebab. Antara pernah dibincang sedang minum petang, adalah isu memperbajukan katak ni semua. Bogel sangat ke? Tak jugak. Iya jugak.


Maka aku pernah test dibajukan katak, dan nampak tak cantik. Kalau sketches aku tak suka, maka tak sampai lah pada modeller. Kali ini, baju sampai ke leher. Unik. Smart. Aku suka. Nampak panas tapi tak pe la. Nampak sikit Jaki ni mudah terpengaruh dengan fesyen barat. Mudah ikut ikutan. Pendek akal la katakan.


Jaki, direka khas untuk dipadankan dengan Machang. Maka dari segi art directionnya, Jaki perlu lebih kurang sama tona ronanya dengan Machang. Sebab tu aku pilih warna macam tu. Bajunya telah dibelangkan oleh modeller secara memandai-mandai. Tapi cantik dan masih dalam hue dan scheme colour yang dimiintak.


Jaki muncul dengan gahnya dalam episod Batu Geliga. Suara masih tak kena dgn character tapi lakonan cukup kuat. Jaki: seekor katak nakal, ketua budak jahat di Kg Azam Baru.




Khamis, 12 Mac 2009