Khamis, 12 Februari 2009

episod Minggu ini 17-02-2009

cerita satu: Hujung Minggu

Tompok,Panjang,Pendek dan Bintik pergi berkelah dan telah mencemari kawasan semulajadi di situ. Dalam perjalanan pulang,mereka telah menemui senara,makhluk pelik yang dalam kesedihan kerana rumahnya kotor,bapanya mati tercekik botol mineral dan ibunya tenat kerana tercekik tulang ayam,mereka menyelam ke dalam sungai. Mereka cuba mencari ubat namun segala usaha mereka terhalang oleh kejadian-kejadian berpunca dari sifat mereka sendiri yang mencemari sungai dan alam sekitar.Kini baru mereka sedar akan perbuatan terdahulu mereka.

Pengajaran : Menjaga kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.





Cerita Dua: Sombong Diri

Tompok dan kawan-kawannya berlumba basikal.Tompok memenangi pertandingan lumba basikal itu.Tompok dianggap paling hebat di antara kawan-kawan yang lain.Perasaan Tompok semakin takbur dan sombong.Tompok mula berbangga dan ingin berlumba basikal dengan katak-katak kampung sebelah.Suatu hari, Tompok terpandang satu papan tanda yang menyatakan tentang pertandingan lumba basikal.Tompok mengambil kesempatan itu untuk turut serta.Tompok membuat persediaan yang rapi dan memasang pelbagai alatan tambahan di basikalnya supaya basikalnya boleh bergerak lebih laju.Namun,Tompok tersilap. Peralatan itu menyebabkan basikalnya berat dan bergerak dengan perlahan di hari pertandingan.Tompok tewas dan berasa malu dan menyesal.

Pengajaran : Sikap sombong diri adalah rugi dan memalukan diri sendiri.






2 ulasan: